Carian Terkini
Kod MASCO
2434
Bandingkan
Profesional Jualan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Profesional Jualan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjual pelbagai perkakasan komputer, perisian, serta barangan dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi lain termasuk pemasangan dan menyediakan maklumat khusus menurut keperluan.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,785
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menjual kelengkapan, bekalan, dan perkhidmatan teknikal kepada pertubuhan perniagaan atau individu
mendapatkan pesanan dan menjual barangan kepada pertubuhan runcit, industri, borong, dan pertubuhan lain
menyebut dan merundingkan harga, syarat kredit, mengikat kontrak, dan merekodkan pesanan
mengemas kini rekod pelanggan dan menyediakan laporan jualan
membincangkan keperluan pelanggan baru dan sedia ada dan menyediakan maklumat khusus tentang bagaimana kelengkapan, bekalan, dan perkhidmatan tertentu memenuhi keperluan tersebut
mengatur penghantaran barangan, pemasangan kelengkapan, dan penyediaan perkhidmatan
melaporkan reaksi dan keperluan pelanggan kepada pengilang
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan