Carian Terkini
Kod MASCO
2381-04
Bandingkan
Pegawai Latihan Gred E41
Pegawai Latihan Gred E41 mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori. Mereka mengawasi pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.
Nama Alternatif
Tugasan
Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian
Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih
Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya
Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan
Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini
Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya
Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian
Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa
  • P
    Pendidikan
  • P853-002-5:2021
    Pengurusan TVET
  • 0111
    Sains Pendidikan
  • 0114
    Latihan Tenaga Pengajar dengan Pengkhususan Subjek
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0417
    Kemahiran Pekerjaan
  • 0923
    Kaunseling dan Kerja Sosial
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Mengajar
kemahiran mengajar orang lain bagaimana melakukan sesuatu. 
Mengajar
kemahiran membuat pembentangan pendidikan yang mudah difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Pembelajaran Aktif
Kemahiran mengaplikasikan pengetahuan baharu.
Strategi Pembelajaran
kemahiran memilih dan menggunakan kaedah dan prosedur latihan / instruksional yang sesuai untuk situasi semasa belajar atau mengajar perkara baru
Khusus
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Kimpalan
kemahiran dalam proses fabrikasi atau ukiran yang bergabung dengan bahan, biasanya logam atau termoplastik.
Mekanikal
pengetahuan mengenai mesin dan alat, termasuk reka bentuk, penggunaan, pembaikan, dan penyelenggaraannya.
Pencarisilapan Elektrik
kemahiran mengenal pasti komponen yang rosak dan memperbaiki litar.
Pengkomputeran Awan
kemahiran menyimpan dan mencapai data serta program melalui internet.
Reka bentuk Pengajaran
keupayaan mengambil maklumat, menganalisis dan membentangkannya dalam format yang difahami, menarik dan cekap.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan