Carian Terkini
Kod MASCO
2251-02
Bandingkan
Pakar Veterinar
STEM
Pakar Veterinar mendiagnosis, merawat atau menyelidik penyakit dan kecederaan haiwan. Termasuk doktor haiwan yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan, memeriksa ternakan, atau menjaga haiwan peliharaan.
Nama Alternatif
Pakar Bedah Veterinar
Pakar Veterinar, Kesihatan Awam
Pakar Veterinar, Pusat Sembelihan
Pakar Veterinar, Pembedahan
Tugasan
memberi rawatan pembedahan atau perubatan veterinari
Memberi perkhidmatan obstetrik kepada haiwan
Menguji haiwan tenusu dan haiwan lain dan menginokulasi haiwan terhadap penyakit
Memberi nasihat tentang kebersihan, pemakanan, pembiakan dan penjagaan haiwan
Memeriksa kualiti, ketulenan dan keselamatan makanan yang keseluruhan atau sebahagiannya dibuat daripada bahan mentah yang berasal daripada haiwan untuk makanan manusia
menguatkuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat kuarantin
merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan
mengawal dan merawat penyakit haiwan
Membantu dalam pengawasan epidemiologi, radiologi, dan pengawasan lain bagi kesihatan haiwan
Melaksanakan autopsi untuk menentukan punca kematian
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • Y-010-5
    Pengurus Veterinar
  • 0841
    Veterinar
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Pembelajaran Aktif
Kemahiran mengaplikasikan pengetahuan baharu.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Kemahiran Pemeriksaan Pesakit
kemahiran dalam menilai penemuan anatomi melalui penggunaan pemerhatian, palpasi, perkusi, dan auskultasi.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan