Carian Terkini
Kod MASCO
2134-33
Bandingkan
Pakar Bio-Fermentasi
STEM
Pakar Bio-Fermentasi adalah saintis makanan yang mempelajari mikroorganisma dalam proses penapaian dan kaitannya dengan makanan dan ubat-ubatan. Mereka menyelidik, menganalisis dan membangunkan kegunaan baru bagi penapaian.
Nama Alternatif
Tugasan
Merancang dan meneliti mengenai pembangunan penapaian
Menjalankan penyelidikan mikrobiologi untuk memperbaiki strain sekarang yang digunakan dalam pengeluaran
Membangunkan program untuk pengurangan pencemaran dan meningkatkan masa penapaian
Merancang, membangunkan, dan menilai projek teknikal dan perniagaan dalam bidang penapaian dan mikrobiologi
Memperkasakan pasukan teknologi penapaian untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan produktiviti keseluruhan proses penapaian
Berkerjasama dengan bahagian pengeluaran (dan fungsi sokongan lain) untuk menyelesaikan masalah, mengenalpasti dan melaksanakan peningkatan produktiviti untuk proses pengeluaran
  • C
    Pembuatan
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0511
    Biologi
  • 0512
    Biokimia
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan