Carian Terkini
Kod MASCO
9625-01
Bandingkan
Atendan
Atendan melaksanakan pelbagai tugas sokongan dan perkhidmatan pelanggan dalam pelbagai tetapan, termasuk hotel, tempat makan, operasi tempat letak kereta, kemudahan luar, dan perniagaan runcit. Mereka membantu pelanggan, memberikan maklumat, dan memastikan operasi yang teratur dan cekap.
Nama Alternatif
Tugasan
menjalankan tugas yang berkaitan.
menjual atau menyewakan kelengkapan sukan
membersihkan dan menjaga tandas di dalam bangunan seperti pejabat, panggung wayang, restoran, dan bangunan lain supaya sentiasa kemas dan teratur
memungut bayaran daripada pemain
menjadualkan penggunaan padang golf, gelanggang tenis, kelab kesihatan, dan kemudahan rekreasi lain
memungut bayaran letak kereta, mengeluarkan keratan tiket, membawa pelanggan ke medan parkir, dan memparkir kereta
memungut tiket dan membenarkan pengunjung masuk ke taman hiburan dan permainan, membantu pengunjung naik dan turun dari alat permainan, serta mengikat dan membuka tali pinggang dan palang keselamatan
menentukan lorong boling untuk pelanggan, mengeluarkan kertas pungutan mata, menyewakan kasut boling, dan memungut bayaran
mengendalikan lif penumpang atau barang di dalam bangunan
melayan keperluan orang yang terlibat dalam sukan
membersihkan kelengkapan makmal
melayan keperluan pesakit dan menyelenggara kebersihan wad di hospital dan bangunan yang berkaitan
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan