Carian Terkini
Kod MASCO
8141
Perbandingan
Operator Mesin Produk Getah
TVET
Operator Mesin Produk Getah mengendalikan dan mengawasi mesin yang menguli dan mengadun getah dengan sebatian getah, dan menghasilkan pelbagai komponen dan produk daripada getah asli dan tiruan seperti kasut teracu, barangan rumah, bahan penebat, aksesori perindustrian, atau tayar basikal, kereta, traktor, pesawat udara dan kenderaan lain.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 1,985
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mengendalikan dan mengawasi mesin yang menyemperit getah tercampur atau membentuk getah yang divulkan melalui pengacuan
mengendalikan dan mengawasi mesin yang mengeluarkan produk getah seperti hos, beg udara, busa getah untuk kusyen dan tilam, cap
mengendalikan dan mengawasi mesin yang membuat tayar mengikut bentuk, memvulkan tayar, dan mencelup atau membuat semula tayar terpakai
mengendalikan dan mengawasi mesin yang menguli, mencampur, dan mengadun getah dengan sebatian getah untuk pemprosesan selanjutnya
mengendalikan dan mengawasi mesin yang mengeluarkan kepingan getah atau fabrik bersalut getah melalui proses penggelekan