Carian Terkini
Kod MASCO
8131
Perbandingan
Operator Mesin Dan Loji Produk Kimia
TVET
Operator Mesin dan Loji Produk Kimia mengawasi dan mengendalikan unit dan jentera untuk mengadun, mencampur, memproses, dan membungkus pelbagai jenis produk kimia.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,050
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mengukur, menimbang dan memasukkan ramuan kimia mengikut kad rumusan
mengawasi unit perumusan seperti pembancuh, cerek, pengisar, pengering, mesin pembuat tablet, pengkapsulan, pembutiran dan penyalutan
mengawasi meter, tolok, dan peralatan elektronik bagi satu bahan kimia atau lebih
mengeset, menghidupkan, mengawal, melaraskan, dan menghentikan mesin dan loji
mengawasi proses tindak balas dan memindahkan produk dengan mematuhi prosedur keselamatan
mengambil sampel dan menjalankan ujian kimia dan fizikal secara rutin, dan merekodkan data pengeluaran
dan membersihkan dan menjalankan pembaikan kecil ke atas mesin dan loji.