Carian Terkini
Kod MASCO
7634
Perbandingan
Pengasap Dan Pengawal Perosak Dan Rumpai
Pengasap dan Pengawal Perosak dan Rumpai menggunakan bahan kimia untuk menghapuskan serangga berbahaya, haiwan kecil, tumbuh-tumbuhan liar dan lain-lain organisma yang tidak diingini untuk mengelakkan kerosakan kepada tanaman, bangunan dan struktur lain, dan persekitaran mereka dan bagi mengelakkan risiko kesihatan.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 1,925
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menyediakan anggaran bayaran dan bil untuk klien
menyediakan dan menyembur campuran kimia dengan menggunakan pelbagai kelengkapan
mengambil langkah keselamatan dalam penggunaan dan penyimpanan kimia
memeriksa bangunan atau kawasan luar bangunan
meletakkan dan memasang perangkap
menyelenggara kelengkapan supaya berada dalam keadaan selamat dan boleh digunakan dengan cekap
menyelenggara rekod kerja bagi setiap harta yang diperiksa, masalah perosak atau rumpai, bahan kimia yang digunakan dan jumlah masa yang diambil di setiap lokasi
memutuskan tindakan untuk mengawal atau menghapuskan perosak
dan menjalankan tugas yang berkaitan.
menasihatkan klien tentang cara mencegah serangan perosak