Carian Terkini
Kod MASCO
7621
Perbandingan
Tukang Jahit, Penjahit Pakaian, Penjahit Pakaian Bulu, Dan Pembuat Topi
TVET
Tukang Jahit, Penjahit Pakaian, Penjahit Pakaian Bulu dan Pembuat Topi membuat sut, baju atau pakaian daripada kain, kulit atau apa-apa bahan lain, dan membaiki pakaian mengikut potongan badan atau terlibat dalam pembuatan pakaian siap, atau mengubah, membaiki dan membuat topi atau rambut palsu.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 1,900
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menyulam rekaan hiasan pada pakaian atau bahan-bahannya
membuat pelbagai jenis topi
membuat sut luar, sut, skirt, kemeja, blaus, pakaian dalam wanita, pakaian korset dan pakaian yang seumpamanya mengikut keperluan pelanggan
mengendalikan mesin jahit jenis standard atau khas yang mempunyai satu jarum atau pelbagai jarum untuk membuat atau membaiki pakaian, sarung tangan atau produk lain dan menyulam tekstil, bulu atau kulit
terlibat dalam pembuatan pakaian siap
menjalankan tugas yang berkaitan.
menjahit layar, khemah, kajang dan bahan-bahan berkaitan
memasang payung siap dengan mencantumkan pelbagai bahagian komponen seperti rangka besi yang boleh ditutup, spring dan kain payung
meminda, mengubah fesyen, dan membaiki pakaian
membuat dan menguruskan pakaian yang digunakan dalam teater, produksi televisyen dan wayang gambar
membuat rambut palsu menurut spesifikasi, dan melekatkan rambut pada kain pelapik