Carian Terkini
Kod MASCO
7221
Perbandingan
Tukang Besi, Tukang Tukul, Dan Pekerja Mesin Penempa Logam
TVET
Tukang Besi, Tukang Tukul, dan Pekerja Mesin Penempa Logam menarik dawai, menukul, dan menempa bar, rod, jongkong dan plat besi, keluli, atau logam lain untuk membuat dan membaik pulih pelbagai jenis peralatan, barangan logam, bahagian kelengkapan, peralatan pertanian, dan perkakasan yang berkaitan.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 1,975
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
memanaskan logam di dalam relau tempa serta membuat dan membaik pulih barangan dengan menarik, membengkokkan, memotong, mengetuk logam di atas besi andas, menebuk, mericih, menyambung, dan mengeraskan atau meningkatkan keteguhan logam
menjalankan kerja pemeriksaan, servis dan senggaraan (berdasarkan bidang atau pengkhususan masing-masing)
membentuk logam panas menjadi tempaan di atas tukul kuasa yang dilengkapi acuan terbuka
mengendalikan mesin penekan kuasa yang dilengkapi acuan tertutup untuk menempa barangan logam
mengendalikan penukul jatuh yang dilengkapi acuan tertutup untuk menempa barangan logam
menjalankan tugas yang berkaitan