Carian Terkini
Kod MASCO
5322-10
Perbandingan
Pekerja Penjagaan (Rumah)
Pekerja Penjagaan (Rumah) menyediakan rutin penjagaan peribadi dan membantu dalam aktiviti harian kepada mereka yang memerlukan disebabkan oleh faktor penuaan, penyakit, kecederaan, atau lain-lain keadaan fizikal atau mental di rumah-rumah persendirian dan lain-lain persekitaran kediaman.
Nama Alternatif
Pembantu, Penjagaan Harian, Orang Tua
Pembantu, Penjagaan Harian, Orang Kurang Upaya
Pembantu Kelahiran (Rumah)
Pembantu Penjagaan (Rumah)
Peneman, Penjagaan Orang Tua
Penolong, Penjagaan Orang Tua
Pembantu Perawatan (Rumah)
Penyedia Penjagaan Diri
Tugasan
membantu orang tua dan kurang upaya dalam aktiviti kehidupan harian di rumah pelanggan atau di pusat penjagaan.
meringankan kerja rumah, menyediakan makanan, mengambil ubatan, membeli-belah barangan dapur dan pakaian, menggunakan telefon dan menguruskan wang yang membolehkan pesakit hidup berdikari dalam masyarakat
memandikan, memakaikan baju dan mengalihkan pesakit, membantu pesakit menggunakan tandas, dan membantu pesakit makan dan berjalan
membantu tugas seharian seperti menyediakan makanan, mengingatkan pengambilan ubatan, mencuci pakaian, membuat kerja pengemasan yang ringan, memungut dan menghantar barang, membeli-belah, menguruskan pengangkutan, dan menemani pelanggan
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • MP-083-2:2013
    Perkhidmatan Sokongan Penjagaan Kesihatan
  • 0921
    Penjagaan Orang Tua dan Orang Kurang Upaya
  • 0922
    Penjagaan Kanak-Kanak dan Perkhidmatan Belia
  • 0923
    Kaunseling dan Kerja Sosial
Kemahiran
Khusus
Kejururawatan
kemahiran memberi rawatan asas pesakit, melaksanakan tugas seperti memberi makan, mandi, pakaian, atau memindahkan pesakit, atau menukar linen.
Kemahiran Pengemasan
kemahiran dalam kebersihan, penyelenggaraan, pemeliharaan estetik bilik, kawasan awam, kawasan belakang dan persekitaran.
Memasak
keupayaan untuk mengikut resipi, mengukur bahan-bahan yang sesuai dan memasak bahagian yang betul
Penjagaan Rumah
kemahiran dalam penjagaan seseorang yang berkeperluan khas untuk tinggal di rumah
Center Image