Carian Terkini
Kod MASCO
5222
Perbandingan
Penyelia Kedai
TVET
Penyelia Kedai menyelia dan menyelaras aktiviti-aktiviti pembantu jurujual kedai, dan pekerja lain di kedai-kedai runcit dan borong seperti pasar raya dan kedai serbaneka.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,180
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menyelia kakitangan jualan
memeriksa stok dan mengambil bahagian dalam pengiraan stok
menyelia dan mengarahkan kakitangan jualan dan kakitangan lain atau jabatan jualan dalam kerja mereka seharian
memastikan harga barang dan perkhidmatan dipamerkan
mengajar kakitangan berkenaan prosedur jualan, termasuk cara untuk menangani kes yang sukar dan kompleks
menganggar jenis dan kuantiti barangan yang diperlukan oleh pelanggan dan memastikan stok yang mencukupi
memeriksa barang yang dipulangkan dan membuat keputusan yang sewajarnya
menganggar keperluan perniagaan, dan membeli atau mengesahkan pembelian barangan dari segi jenis, kualiti dan kuantiti yang diperlukan, biasanya di bawah arahan umum tuan punya atau pengurus
menyelia pekerja lain.
menjalankan tugas yang berkaitan