Carian Terkini
Kod MASCO
5112
Perbandingan
Konduktor Pengangkutan
TVET
Konduktor Pengangkutan memungut atau mengeluarkan tiket serta menjaga keselamatan dan keselesaan di dalam kereta api, trem, bas dan lain-lain pengangkutan awam.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 1,940
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menjaga gerabak tidur di dalam kereta api penumpang, termasuk memeriksa kesahihan tiket penumpang, menjaga keselamatan mereka dan memberi maklumat yang diminta
memungut atau mengeluarkan tiket, pas atau tambang, atau memeriksa kesahihan tiket terdahulu
bertanggungjawab membantu penyelia stesen atau eksekutif operasi dalam mengurus, menyelia dan mengatasi masalah operasi trafik, kakitangan, perdagangan dan lain-lain supaya dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan ekonomi kepada pengguna-pengguna keretapi
mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku kecemasan
menjalankan tugas yang berkaitan
menyelia pekerja lain.
memberi maklumat kepada penumpang khususnya tentang perhentian dan sambungan perjalanan
bekerjasama dengan pemandu dalam menepati jadual masa
memastikan peraturan keselamatan dipatuhi