Carian Terkini
Kod MASCO
4323-11
Perbandingan
Kerani Kawalan, Perkhidmatan Pengangkutan Jalan
Kerani Kawalan, Perkhidmatan Pengangkutan Jalan menyimpan rekod operasi dan menyelaraskan masa bagi pengangkutan penumpang dan barang angkut, keretapi, pengangkutan jalan, udara dan air serta menyediakan laporan untuk pengurusan.
Nama Alternatif
Kerani Penghantaran, Bas
Kerani Penghantaran (Perkhidmatan Pengangkutan)
Tugasan
mengarah, mengawal dan menyimpan rekod pengendalian barang angkut di stesen kereta api
mengarah perjalanan kereta api dalam suatu bahagian atau zon sistem kereta api dan menyimpan rekod yang berkaitan
menyelaras dan menyimpan rekod aktiviti operasi tentang pengangkutan jalan seperti peruntukan dan penjadualan kenderaan dan pemandu, pemunggahan kenderaan, dan penyimpanan barangan dalam perjalanan
menyimpan rekod tentang aspek operasi dan menyelaraskan masa bagi pengangkutan penumpang dan barang yang diangkut
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menjalankan tugas yang berkaitan
  • H
    Pengangkutan Dan Penyimpanan
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Khusus
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Pengurusan rantaian bekalan
kemahiran dalam pengurusan aliran barangan dan perkhidmatan
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Center Image