Carian Terkini
Kod MASCO
3633-08
Perbandingan
Penolong Kurator Gred S29
Penolong Kurator Gred S29 bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.
Nama Alternatif
Tugasan
Membuat kerja-kerja pengumpulan dan penyelidikan flora dan fauna negara
Menjalankan kerja-kerja penyelidikan arkeologi di lapangan
Menguruskan hal-hal berkaitan dengan projek pembangunan Jabatan Muzium Malaysia
Menjalankan kerja-kerja pengurusan pentadbiran, personel, dan kewangan Jabatan Muzium Malaysia
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0322
    Pengajian Arkib, Maklumat dan Perpustakaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Center Image