Carian Terkini
Kod MASCO
3339
Perbandingan
Ejen Perkhidmatan Perniagaan Yang Tidak Dikelaskan Di Mana-Mana
Kumpulan unit ini merangkumi Ejen Perkhidmatan Perniagaan yang Tidak dikelaskan di Mana-mana dalam Kumpulan Kecil 333: Ejen Perkhidmatan Perniagaan. Sebagai contoh, kumpulan ini termasuk jurulelong, ejen kesusasteraan, ejen persembahan muzik dan ejen sukan.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,440
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
memastikan perniagaan yang dibeli dapat disediakan kepada pembeli dalam format dan pada masa yang dipersetujui
menjual secara lelong pelbagai jenis harta, kereta, komoditi, haiwan ternak, barangan seni, barang kemas, dan objek lain
mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang hendak dijual dan keperluan bakal pembeli
merundingkan kontrak bagi pihak penjual dan pembeli dan menerangkan terma penjualan dan pembayaran kepada pelanggan
menandatangani perjanjian bagi pihak penjual atau pembeli dan memastikan kontrak ditepati
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
menjalankan tugas yang berkaitan