Carian Terkini
Kod MASCO
3321-02
Perbandingan
Broker Insurans
Broker Insurans mempromosikan, menjual dan memberi nasihat tentang pelbagai polisi insurans seperti insurans hayat, insurans kesihatan, insurans kemalangan dan insurans kebakaran kepada individu dan organisasi. Mereka juga bekerja sebagai perantara antara individu atau organisasi dan syarikat insurans, dan merundingkan polisi insurans terbaik untuk pelanggan mereka, mengatur perlindungan insurans di mana perlu. Broker insurans melibatkan diri dengan bakal pelanggan baharu, memberikan mereka sebut harga untuk keperluan polisi mereka, membantu mereka menandatangani kontrak insurans baharu dan mencadangkan penyelesaian khusus kepada masalah khusus mereka.
Nama Alternatif
Ejen Insurans
Perunding Insurans
Wakil Insurans
Tugasan
membincangkan dan menilai keperluan insurans semasa dan masa depan pelanggan
meneliti polisi dan produk insurans.
merundingkan terma dan kos polisi dengan penyedia insurans
mengatur perlindungan insurans untuk pelanggan dengan penyedia insurans.
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • C
    Pembuatan
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • FB-026-3:2012
    Pentadbiran Perkhidmatan Insurans
  • K651-002-3:2017
    Perundingan Tuntutan Insurans/Takaful Kenderaan Bermotor
  • 0412
    Kewangan, Perbankan dan Insurans
  • 0413
    Perbankan Dan Kewangan Islam
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0415
    Pemasaran dan Pengiklanan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memujuk
kemahiran memujuk orang lain untuk mengubah fikiran atau tingkah laku mereka.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Pengurusan Jualan
kemahiran menggunakan teknik penjualan praktikal dan pengurusan operasi jualan firma.
Perunding Perubatan
kemahiran memberikan nasihat perubatan untuk pelbagai tujuan.
Center Image