Carian Terkini
Kod MASCO
3314
Bandingkan
Profesional Bersekutu Perangkaan, Matematik, Dan Aktuari
TVET
Profesional Bersekutu Perangkaan, Matematik, dan Aktuari membantu dalam perancangan untuk mengumpulkan, memproses, dan mengemukakan data matematik, perangkaan dan aktuari serta melaksanakan operasinya. Mereka biasanya bekerja di bawah bimbingan ahli matematik dan profesional yang berkaitan atau perangkawan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menjalankan tugas teknikal yang berkaitan dengan penyediaan, penyelenggaraan, dan penggunaan daftar dan rangka sampel bagi kerja bancian dan operasi kajian
menggunakan pakej perisian komputer yang standard untuk membuat pengiraan matematik, aktuari, perangkaan, dan yang berkaitan
menjalankan tugas teknikal berhubung dengan pengumpulan data dan operasi kawalan kualiti dalam kerja bancian dan operasi kajian
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
menyediakan keputusan matematik, aktuari, perangkaan, dan keputusan lain dalam bentuk graf atau jadual untuk persembahan
menjalankan tugas yang berkaitan
mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan matematik, aktuari, perangkaan, dan yang berkaitan untuk mengenal pasti serta menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerja mereka
menyediakan anggaran terperinci mengenai kuantiti dan kos bahan serta buruh yang diperlukan untuk kerja bancian perangkaan dan operasi kajian
bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan