Carian Terkini
Kod MASCO
3152
Perbandingan
Juruteknik Kapal/ Marin
TVET
Juruteknik Kapal/ Marin membaik pulih atau menservis enjin kapal/ marin di bengkel atau di atas kapal.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,510
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran
melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot
membaik pulih dan menservis enjin stim, petrol, diesel, dan enjin marin
memeriksa enjin untuk mencari kerosakan dengan menggunakan pelbagai alat dan perkakas
menghidupkan enjin dan memerhatikan prestasinya dengan mengambil bacaan meter seperti suhu, paras bahan bakar, dan tekanan minyak serta membuat pelarasan yang perlu untuk prestasi yang optimum
membuka sebahagian atau seluruh enjin untuk menggantikan atau membetulkan bahagian yang haus dan rosak
memeriksa, melaras dan melincirkan enjin secara berkala untuk memastikan enjin dalam keadaan baik
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
menjalankan tugas yang berkaitan
membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautik: kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan
membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut