Carian Terkini
Kod MASCO
2413-18
Perbandingan
Penganalisis Laporan Kewangan
Penganalisis Laporan Kewangan melaksanakan analisis kuantitatif maklumat yang mempengaruhi pelaburan di institusi awam dan swasta.
Nama Alternatif
Penganalisis Risiko
Perunding Pelaburan
Tugasan
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
mengemukakan laporan lisan dan bertulis mengenai trend ekonomi umum, syarikat individu, dan keseluruhan industri
menyediakan pelan tindakan pelaburan berdasarkan analisis kewangan
menjalankan tugas yang berkaitan
memantau perkembangan ekonomi, industri dan korporat melalui analisis maklumat yang diperolehi
menganalisis profil kewangan syarikat untuk membuat rancangan pelaburan
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • FB-100-5:2012
    Perakaunan
  • FB-080-5
    Eksekutif Percukaian
  • 0411
    Perakaunan, Pengauditan dan Percukaian
  • 0412
    Kewangan, Perbankan dan Insurans
  • 0413
    Perbankan Dan Kewangan Islam
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis Data
kemahiran memeriksa, membersihkan, mengubah dan memodelkan data untuk mendapatkan maklumat yang berguna, membuat kesimpulan dan menyokong pembuatan keputusan.
Analisis Perniagaan
kemahiran mengenal pasti keperluan perniagaan dan menentukan penyelesaian untuk masalah perniagaan
Analisis Prestasi
kemahiran mengkaji atau menilai prestasi sesuatu senario tertentu berbanding objektif yang ingin dicapai.
Kemahiran membuat ramalan
kemahiran membuat ramalan masa depan berdasarkan data masa lalu dan semasa dan kebiasaannya melibatkan analisis tren
Laporan kewangan
kemahiran menggunakan praktis perakaunan GAAP untuk menyampaikan prestasi kewangan sesebuah syarikat ke pasaran, pelabur, dan pihak berkepentingan yang lain.
Perakaunan Korporat
Kemahiran dalam menyediakan akaun akhir dan penyata aliran tunai, analisis dan tafsiran keputusan kewangan syarikat.
Center Image