Carian Terkini
Kod MASCO
2411-01
Perbandingan
Akauntan Gred WA41
Akauntan Gred WA41 mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.
Nama Alternatif
Tugasan
menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan, dan memberi nasihat tentang perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan membayar, kebankrapan, pencantuman, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan
bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian
mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang
menyediakan penyata cukai, memberi nasihat tentang masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai
mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan, meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan serta fungsi perbendaharaan
memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan polisi serta sistem perakaunan lain
mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah penjimatan/ kawalan kos
menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan
menyediakan kos projek dan analisis risiko
menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak Pengurusan pemegang saham, badan berkanun atau badan lain
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • FB-100-5:2012
    Perakaunan
  • 0411
    Perakaunan, Pengauditan dan Percukaian
  • 0412
    Kewangan, Perbankan dan Insurans
  • 0413
    Perbankan Dan Kewangan Islam
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kemahiran Penentuan Kos
Berpengetahuan dalam konsep pengurusan kos dan terminologi.
Laporan kewangan
kemahiran menggunakan praktis perakaunan GAAP untuk menyampaikan prestasi kewangan sesebuah syarikat ke pasaran, pelabur, dan pihak berkepentingan yang lain.
Pengauditan Dalaman
kemahiran dalam menilai kawalan dalaman syarikat, termasuk tadbir urus korporat dan proses perakaunannya.
Pengurusan Akaun
Kemahiran menggunakan program perisian perakaunan dan mengetahui cara menyediakan dan mentafsir penyata kewangan dan laporan lain.
Pengurusan kewangan
kemahiran dalam merancang, menganjur, mengarahkan dan mengawal aktiviti kewangan.
Pentadbiran Gaji
kemahiran dalam salah satu tugas yang diperlukan untuk mengatur pampasan pekerja untuk jam yang telah bekerja.
Penyediaan Cukai
kemahiran memproses penyediaan penyata cukai
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Center Image