Carian Terkini
Kod MASCO
2311
Perbandingan
Profesional Perguruan Universiti Dan Pendidikan Tinggi
Profesional Perguruan Universiti dan Pendidikan Tinggi menyediakan dan menyampaikan kuliah dan tutorial bagi satu atau lebih subjek untuk kursus pengajian yang telah ditetapkan di universiti atau institusi pendidikan tinggi lain. Mereka menjalankan penyelidikan serta menyediakan kertas dan buku ilmiah.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 3,580
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
membantu dalam aktiviti kokurikulum
menggalakkan perbincangan dan pemikiran bebas di kalangan pelajar
menyelidik dan membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi bagi pengaplikasian dalam industri dan bidang lain
menyediakan khidmat perundingan untuk pelajar dan pihak luar, menyelia projek, tesis dan kertas kerja pelajar, menjalankan penyelidikan, menerbitkan jurnal, artikel, buku dan sebarang bentuk penerbitan berkaitan, memberi khidmat kemasyarakatan dan khidmat profesional, membantu membangunkan potensi dan sahsiah pelajar, dan mengurus aktiviti berkaitan akademik
mereka bentuk dan mengubahsuai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan
memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan
memberi syarahan, menyelia projek tesis dan mengurus kerja-kerja amali/ tutorial, dan menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal
mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus dan melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar
menjalankan tugas yang berkaitan
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja