- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
224
Pengamal Paramedik
Kumpulan Unit
2241
Pengamal Paramedik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2241
Perbandingan
Pengamal Paramedik
Pengamal Paramedik menyediakan khidmat nasihat, diagnostik, rawatan dan pencegahan yang lebih terhad dalam skop dan kerumitan daripada yang dilakukan oleh doktor perubatan. Mereka bekerja secara autonomi, atau dengan pengawasan yang terhad daripada doktor perubatan, dan mengaplikasikan prosedur klinikal awalan untuk merawat dan mencegah penyakit, kecederaan dan gangguan fizikal atau mental yang biasa kepada masyarakat tertentu.

Nama Alternatif
Tugasan
menasihati komuniti dan individu tentang diet dan tingkah laku yang betul untuk mengekalkan atau
meningkatkan kesihatan
mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan
kesihatan awam untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan komuniti
mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan lain, pakar perubatan, dan profesional
kesihatan lain
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
menyediakan dokumen dan laporan saintifik
memberi preskripsi dan merawat penyakit, gangguan atau kecederaan yang didiagnos
memberi rawatan kecemasan di tempat kejadian, menstabilkan atau menyelamatkan nyawa pesakit, dan sekiranya perlu, membawa pesakit yang sakit atau cedera ke pusat rawatan perubatan dan pembedahan kecemasan di hospital dan pusat trauma
Kursus Yang Berkaitan