Carian Terkini
Kod MASCO
2212-69
Perbandingan
Pakar Klinik Pematuhan Terapi Ubat (MTA)
Pakar Klinik Pematuhan Terapi Ubat (MTAC) menjalankan pemonitoran terapi ubat- ubatan dan pemberian maklumat kepada pesakit dengan meningkatkan pemahaman pesakit tentang rawatan farmakoterapi dan memberikan motivasi agar pesakit mempunyai persepsi yang positif tentang penyakit dan rawatan yang diterima. 
Nama Alternatif
Tugasan
menjalankan pemonitoran terapi ubat- ubatan dan pemberian maklumat kepada pesakit
memberikan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit.
meningkatkan pemahaman pesakit tentang rawatan farmakoterapi dan memberikan motivasi agar pesakit mempunyai persepsi yang positif tentang penyakit dan rawatan yang diterima
berunding secara klinikal, dan membuat pengubahan dos bagi sesetengah ubat seperti insulin dan warfarin
mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan komuniti
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • 0912
    Perubatan
  • 0914
    Diagnostik Perubatan dan Teknologi Rawatan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Pengurusan klinikal
kebolehan menyediakan panduan teknikal dan operasi yang cepat, latihan klinikal, jaminan kualiti dan sokongan untuk memastikan penjagaan yang selamat kepada mereka yang menderita penyakit
Penjagaan pesakit
kemahiran dalam perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kesihatan dan bukan profesional di bawah penyeliaan mereka untuk rawatan pesakit.
Penjagaan Sokongan
kemahiran dalam mencegah atau merawat seawal mungkin gejala penyakit, kesan sampingan yang disebabkan oleh rawatan penyakit
Perubatan Dalaman
kemahiran pakar perubatan yang berkaitan dengan pencegahan, diagnosis, dan rawatan penyakit dalaman
Perunding Perubatan
kemahiran memberikan nasihat perubatan untuk pelbagai tujuan.
Center Image