Carian Terkini
Kod MASCO
2211-02
Perbandingan
Doktor Perubatan
STEM
Doktor Perubatan mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit, jangkitan, kecederaan, dan lain-lain kecacatan fizikal dan mental, dan mengekalkan kesihatan umum pada manusia melalui pengaplikasian prinsip dan prosedur perubatan moden. Mereka boleh bertanggungjawab untuk menyediakan penjagaan perubatan yang berterusan dan komprehensif kepada individu, keluarga dan masyarakat.
Nama Alternatif
Orang Yang Kompeten (OYK) - Doktor Kesihatan Pekerjaan
Doktor Perubatan, Neurologi
Doktor Perubatan, Perunding Insurans
Pengamal Perubatan Keluarga
Pengamal Perubatan
Doktor Perubatan, Anestetik
Pegawai Kesihatan
Pengamal Perubatan Umum
Tugasan
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik
memberi preskripsi dan rawatan penyakit, gangguan, atau kecederaan yang didiagnos
menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis
Menjalankan tugas yang berkaitan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat dan menyediakan laporan, menjalankan tugas-tugas ‘on call’ dan menyampaikan ceramah-ceramah
a pesakit untuk menentukan jenis jangkitan atau penyakit
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • 0912
    Perubatan
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Pengurusan klinikal
kebolehan menyediakan panduan teknikal dan operasi yang cepat, latihan klinikal, jaminan kualiti dan sokongan untuk memastikan penjagaan yang selamat kepada mereka yang menderita penyakit
Penjagaan pesakit
kemahiran dalam perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kesihatan dan bukan profesional di bawah penyeliaan mereka untuk rawatan pesakit.
Penjagaan Sokongan
kemahiran dalam mencegah atau merawat seawal mungkin gejala penyakit, kesan sampingan yang disebabkan oleh rawatan penyakit
Perubatan Dalaman
kemahiran pakar perubatan yang berkaitan dengan pencegahan, diagnosis, dan rawatan penyakit dalaman
Perunding Perubatan
kemahiran memberikan nasihat perubatan untuk pelbagai tujuan.
Center Image