Carian Terkini
Kod MASCO
2165-03
Perbandingan
Jurukartografi
STEM
Jurukartografi menggunakan kaedah dan teknik mengukur untuk menentukan posisi sebenar ciri dan sempadan tanah sama ada yang semula jadi atau yang dibina, di laut, kawasan bawah tanah dan cakerawala, serta menyediakan atau menyemak gambaran digital, grafik, peta dan carta menggunakan prinsip sains dan matematik.
Nama Alternatif
Ahli Fotometrik
Pembuat Peta
Jurukartografi Marin
Tugasan
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan sistem ukuran tinjauan dan fotogrametri, sistem kadaster (pegangan tana, dan sistem maklumat tanah
menganalisis foto udara dan foto lain, gambaran satelit dan data ukur untuk menyediakan dan menyemak peta dan carta topografi, peta utiliti, dan peta tematik lain
Menjalankan tugas yang berkaitan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
mengukur laut, sungai, dan dasar sungai, menentukan sempadan permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan sebenar pelbagai ciri dan membuat carta dan peta yang akan digunakan khususnya dalam menentukan perairan dan terusan yang boleh dilayar
mengkaji, mengukur, dan menggambarkan permukaan tanah bagi pelbagai tujuan, termasuk membuat peta, kerja pembinaan, atau penetapan sempadan hartanah
melaksanakan kerja-kerja ukur iaitu ukuran tarabas kawalan piawai, ukuran kawalan, ukuran dinding duatuan, ukuran pengambilan balik tanah, ukuran kawasan bandar dan luar bandar, ukuran kelas satu dan dua bagi tujuan pengeluaran hak milik, ukuran gelanggang sukan dan ukuran siasatan kejituan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0734
    Kaji Ukur
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Pembelajaran Aktif
Kemahiran mengaplikasikan pengetahuan baharu.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Kemahiran AutoCAD
kemahiran mereka bentuk berbantukan komputer komersial (CAD) dan merangka aplikasi perisian.
Kemahiran Ukur Bahan
kemahiran menganggarkan kos bahan dan tenaga kerja yang diperlukan untuk pekerjaan pembinaan.
Sistem Maklumat Geografi
kemahiran menggunakan sistem komputer untuk menangkap, menyimpan, menyemak dan memaparkan data yang berkaitan dengan kedudukan di permukaan Bumi.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Center Image