Carian Terkini
Kod MASCO
2152-02
Perbandingan
Jurutera Elektronik
STEM
Jurutera Elektronik menyelidik, mereka bentuk dan membangunkan sistem elektronik seperti litar, peranti semikonduktor dan peralatan yang menggunakan elektrik sebagai sumber kuasa. Mereka bekerja dengan kapasitor, transistor, diod atau perintang untuk mencipta litar elektronik dan aplikasi penggunaan dalam bidang seperti telekomunikasi, akustik, instrumen dan kawalan.
Nama Alternatif
Jurutera Kuasa Elektronik Kenderaan Berpandu Automatik (AGV)
Jurutera Reka Bentuk Papan Komputer
Jurutera Aplikasi Komputer
Jurutera Perkakasan Komputer
Pereka Litar Bersepadu Digital (IC)
Jurutera Reka Bentuk Komponen Elektronik
Pereka Struktur Elektronik
Jurutera Elektronik Instrumentasi
Jurutera Elektronik Semikonduktor
Jurutera Elektronik Maklumat
Jurutera Reka Bentuk Perkakasan
Jurutera Elektronik Industri
Jurutera Pereka Litar Bersepadu Elektronik (IC)
Pereka Litar Bersepadu (IC)
Pereka Susun Atur Litar Bersepadu (IC)
Jurutera Optoelektronik
Pereka Papan Induk Komputer Peribadi
Jurutera Verifikasi Reka Bentuk Fizikal
Jurutera Pengesahan Pasca Silikon
Jurutera Pengesahan Pra-Silikon
Jurutera Reka Bentuk Papan Litar Bercetak (PCB)
Jurutera Proses Kawalan Komputer (PCC)
Jurutera Pencirian Produk
Jurutera Elektronik Radio Frekuensi (RF)
Jurutera Isyarat Kereta Api
Pereka Tahap Pendaftaran-Pemindahan (RTL)
Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan Elektronik (termasuk Rekabentuk Produk)
Jurutera Semikonduktor
Jurutera Pembungkusan Semikonduktor
Penguji atau Jurutera Ukuran (Elektronik)
Jurutera Proses Elektronik Fabrikasi Wafer
Jurutera Fabrik Wafer
Jurutera Wirebond
Jurutera Elektronik Reka bentuk Perkakasan Komputer
Jurutera Komputer
Jurutera Papan Induk Komputer
Jurutera Reka Bentuk Papan Perkakasan
Jurutera Integriti Signal Platform
Tugasan
Mencipta lukisan skema elektronik
Memberi panduan teknikal kepada kakitangan lain
Mengelola dan mengarah penyelenggaraan dan pembaikpulihan sistem, motor, dan kelengkapan elektronik sedia ada
Memeriksa produk untuk mengesan kelemahan
Merekabentuk peralatan elektronik, komputer atau instrumentasi
Menganggarkan keperluan teknikal atau sumber untuk projek pembangunan atau pengeluaran
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
Menilai ciri-ciri peralatan atau sistem
Mendokumentasikan butiran reka bentuk teknikal
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • C332-001-5:2018
    Pelaksanaan Sistem Teknologi Automasi Elektronik
  • 0713
    Elektronik dan Automasi
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Penyahpepijatan
kemahiran mencari dan menyelesaikan kecacatan yang menghalang operasi perisian komputer atau sistem yang betul.
Reka Bentuk Elektronik
kemahiran merekabentuk sistem elektronik.
Reka Bentuk Litar Analog
kemahiran menggunakan reka bentuk litar yang fokus pada isyarat, penguatan dan penapisan.
Center Image