- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains Dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
211
Ahli Fizik, Kimia Dan Profesional Berkaitan
Kumpulan Unit
2112
Ahli Meteorologi Dan Ahli Seismologi
Kumpulan Unit Kecil
2112-01
Pegawai Meteorologi Gred C41
2112-02
Ahli Meteorologi
2112-03
Ahli Klimatologi
2112-04
Ahli Meteorologi-Klimatologi
2112-05
Ahli Meteorologi-Ramalan Cuaca
2112-06
Ahli Seismologi
2112-07
Jururamal Cuaca
2112-08
Ahli Agrometeorologi
2112-09
Ahli Meteorologi, Marin
2112-10
Ahli Meteorologi, Alam Sekitar
2112-11
Ahli Meteorologi, Ramalan Cuaca Berangka
2112-12
Pakar Perkhidmatan Iklim
2112-13
Pakar Perkhidmatan Penyejukan
2112-14
Pakar Perkhidmatan Cuaca
Kod MASCO
2112-10
Perbandingan
Ahli Meteorologi, Alam Sekitar
STEM
GREEn
Ahli Meteorologi, Alam Sekitar mengkaji corak cuaca dan kesan keadaan atmosfera dan sistem cuaca terhadap habitat manusia dan alam sekitar secara keseluruhan.

Nama Alternatif
Tugasan
menyiasat arah dan kelajuan pergerakan udara, tekanan, suhu, kelembapan dan fenomena lain seperti pembentukan awan dan kerpasan, gangguan elektrik, atau radiasi solar
bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan
menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah-langkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk
menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan pihak berkepentingan (stakeholder untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara
-
MAktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
-
0532Sains Kaji Bumi
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis Instrumen
kemahiran dalam bidang kimia analitik yang menyiasat analit menggunakan instrumen saintifik.
Analisis punca masalah
kemahiran dalam menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk mengenal pasti punca kerosakan atau masalah.
Analisis statistik
kemahiran dalam pengumpulan, pemeriksaan, ringkasan, manipulasi, dan interpretasi data kuantitatif.
Pengujian
Melakukan ujian untuk memastikan produk berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.

Kursus Yang Berkaitan