Carian Terkini
Kod MASCO
2111-23
Perbandingan
Ahli Astronomi
STEM
Ahli Astronomi menyelidik pembentukan, struktur, sifat, dan perkembangan badan angkasa dan jirim antara bintang. Mereka menggunakan peralatan berasaskan tanah dan peralatan berasaskan ruang untuk mengumpul data tentang ruang untuk tujuan penyelidikan.
Nama Alternatif
Ahli Astrofizik
Ahli Fizik Astronomi
Tugasan
menjalankan uji kaji, ujian, dan analisis bagi struktur dan sifat jirim dalam keadaan pepejal dan kelakuannya di bawah suhu, tekanan, tegangan, dan keadaan lain
menilai hasil siasatan dan uji kaji dan menyatakan kesimpulan, terutamanya menggunakan teknik dan model matematik
membangunkan atau menambah baik aplikasi dalam bidang perindustrian, perubatan, dan ketenteraan serta praktikal lain bagi prinsip dan teknik fizik atau astronomi
mencerap, menganalisis, dan mentafsir fenomena cakerawala dan membangunkan kaedah dan teknik untuk digunakan dalam bidang seperti navigasi atau penerokaan angkasa
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menyediakan kertas kerja dan laporan saintifik
menjalankan penyelidikan dan menambah baik atau membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi yang berkaitan dengan fizik dan astronomi
menjalankan uji kaji, ujian, dan analisis dalam bidang seperti mekanik, termodinamik, optik, sonik, elektrik, kemagnetan, elektronik, dan fizik nuklear, atau astronomi
melaksanakan tugas yang berkaitan.
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • C
    Pembuatan
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • 0532
    Sains Kaji Bumi
  • 0533
    Fizik
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Menganalisis Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang ada dan menentukan sebab dan kesan yang berkaitan dengan masalah itu.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis Instrumen
kemahiran dalam bidang kimia analitik yang menyiasat analit menggunakan instrumen saintifik.
Analisis punca masalah
kemahiran dalam menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk mengenal pasti punca kerosakan atau masalah.
Analisis statistik
kemahiran dalam pengumpulan, pemeriksaan, ringkasan, manipulasi, dan interpretasi data kuantitatif.
Pengujian
Melakukan ujian untuk memastikan produk berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Center Image