Carian Terkini
Kod MASCO
0121-13
Perbandingan
Pegawai Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja (KJLJD)
Pegawai Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja (KJLJD) berperanan memimpin di dalam kumpulan tempur, kumpulan bantuan tempur dan kumpulan bantuan khidmat. Kumpulan tempur terdiri dari pasukan yang terlibat secara terus di barisan hadapan semasa peperangan. Manakala pasukan bantuan tempur pula merupakan pasukan yang memberi bantuan kepada kumpulan tempur dan kumpulan bantuan khidmat merupakan pasukan-pasukan yang menyediakan bantuan logistik kepada semua kumpulan.
Nama Alternatif
Tugasan
memastikan sumber manusia TDM sentiasa siap siaga bagi menghadapi ancaman musuh-musuh negara
memastikan aset-aset TDM yang berteknologi tinggi sentiasa diselenggara dan boleh diatur gerak pada sebilang masa
merancang tugasan operasi di dalam dan luar negara
mengurus keperluan logistik dan aset pertahanan negara
melatih anggota-anggota bawahannya mengenai strategi-strategi dan ilmu peperangan
berperanan bagi merancang dan melaksanakan usaha-usaha dari segi mengumpul, menilai dan menyebar perisikan taktikal yang berkaitan dengan kepentingan pertahanan negara.
merancang dan membantu pihak berkuasa awam dalam menentukan ketenteraman awam
merancang sistem latihan dan membentuk sumber manusia agar dapat diinteragrasikan di antara manusia dengan teknologi