Direktori — SKILL-SPECIFIC
Carian Terkini
Kod Tajuk
SS01
.NET
Kemahiran menggunakan kerangka perisian yang dibangunkan oleh Microsoft terutamanya pada Microsoft Windows.
SS02
Perisian 2D
Kemahiran menggunakan perisian dua-dimensi yang boleh membuat rekaletak atau animasi dua demensi seperti Animate CC, After Effects, Photoshop, Illustrator dan lain-lain.
SS03
Animasi 3D
Kemahiran menggunakan penciptaan gambar bergerak dalam ruang digital 3D.
SS04
Pemodelan 3D
Kemahiran membangunkan koordinat matematik dalam tiga dimensi melalui perisian khusus.
SS05
Pengetahuan rendering 3D
Kemahiran menukar model 3D menjadi gambar 2D untuk menjadikan gambar dari yang tidak realistik kepada fotorealistik.
SS06
Visualisasi 3D
Kemahiran membuat model 3D struktur menggunakan perisian komputer seperti Autodesk, Keyshot, BlocksCAD, TinkerCAD dan lain-lain.
SS07
Pengurusan Akaun
Kemahiran menggunakan program perisian perakaunan dan mengetahui cara menyediakan dan mentafsir penyata kewangan dan laporan lain.
SS08
Active Directory
Kemahiran mengurus komputer dan peranti lain melalui rangkaian.
SS09
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
SS10
Adobe Illustrator
kemahiran menggunakan penyunting grafik vektor.
SS100
Kemahiran Hijau
kemahiran yang melibatkan produk dan perkhidmatan yang mesra alam.
SS101
Pematuhan Halal
kemahiran pengurusan halal dan ilmu syariah dalam mengurus produk dan perkhidmatan halal.
SS102
Sistem Integriti Halal
kemahiran menguruskan sistem yang memastikan integriti makanan halal pada peringkat pemprosesan dan memastikan pengeluaran makanan halal dan berkualiti.
SS103
Pengambilan Pekerja
kemahiran menyemak permohonan, memilih calon yang tepat untuk ditemuduga, menguji calon dan membuat keputusan pengambilan pekerja.
SS104
Hortikultur
keupayaan untuk menggambarkan dan mengkonsepkan perincian dan estetika taman yang menerapkan amalan kebun terbaik untuk kesihatan dan paparan tanaman.
SS105
HTML5
kemahiran dalam standard bahasa pengaturcaraan untuk menerangkan kandungan dan penampilan laman web.
SS106
Hydro-Jetting
kemahiran dalam proses yang bergantung kepada penggunaan air bertekanan tinggi untuk membersihkan paip.
SS107
Ilustrasi
kemahiran melukis atau mencipta gambar untuk majalah, buku dan pengiklanan.
SS108
Pengurusan kemalangan
kemahiran mengenalpasti, menganalisa dan membetulkan bahaya untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku pada masa hadapan.
SS109
Penjagaan Bayi
kemahiran menjaga dan mengawasi kanak-kanak, biasanya dari usia enam minggu hingga usia tiga belas tahun.
← Kembali