Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1111-01
Perdana Menteri
Perdana Menteri adalah anggota yang mempengerusikan kabinet yang dilantik untuk menguruskan perkhidmatan awam dan melaksanakan arahan ketua negara. Bertanggungjwab untuk menentukan, merumuskan dan mengarahkan dasar kerajaan persekutuan, negeri, serantau atau tempatan dan agensi kerajaan antarabangsa.
1111-02
Timbalan Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri ialah jawatan politik kedua tertinggi Kerajaan. Bertanggungjwab untuk menentukan, merumuskan dan mengarahkan dasar kerajaan persekutuan, negeri, serantau atau tempatan dan agensi kerajaan antarabangsa.
1111-03
Menteri
Menteri bertanggungjawab kepada Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Parlimen serta bertanggungjawab mengenai pelaksanaan dan keberkesanan dasar-dasar, objektif, dan program-program kementerian.
1111-04
Timbalan Menteri
Timbalan Menteri berperanan membantu tugas Menteri dalam pelaksanaan dan keberkesanan dasar-dasar, objektif dan program-program kementerian.
1111-05
Ahli Parlimen
Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perdebatan dan pengundian mengenai undang-undang dan perkara-perkara lain serta bertindak sebagai wakil parti di kawasan mereka.
1111-06
Ketua Menteri
Ketua Menteri berperanan sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri yang mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang mentadbir Kerajaan Negeri, sebagai penasihat kepada Sultan/Yang Di-Pertua Negeri dalam pentadbiran, menasihat Raja/Yang Di-Pertua Negeri dalam pelantikan dan penentuan portfolio ahli MMK, penghubung Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Mesyuarat Raja-Raja.
1111-07
Exco Negeri
Exco Negeri merupakan badan kepimpinan negeri yang bertindak menjalankan pemerintahan atau membuat dasar bagi sesebuah negeri di Malaysia. Ahli majlis dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi setiap negeri dan memegang portfolio atau tugas-tugas tersendiri.
1111-08
Ahli Dewan Undangan Negeri
Ahli Dewan Undangan Negeri berperanan menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri, memberikan perkhidmatan kepada Kerajaan Eksekutif serta mewakili rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan forum yang disediakan untuk wakil rakyat.
1111-09
Timbalan Ketua Menteri
Timbalan Ketua Menteri mentadbir Kerajaan Negeri, sebagai penasihat kepada Sultan/Yang Di-Pertua Negeri dalam pentadbiran, menasihat Raja/Yang Di-Pertua Negeri dalam pelantikan dan penentuan portfolio ahli MMK, penghubung Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Mesyuarat Raja-Raja.
1111-10
Menteri Muda
Menteri Muda sebagai Ahli Dewan Undangan tetapi bukannya Kabinet iaitu timbalan menteri dan menteri masing-masing dan kedua dalam arahan kementerian masing-masing.
1111-11
Menteri Besar
Menteri Besar bertindak sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri yang mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK).
1111-12
Yang di-Pertua Dewan Negara
Yang di-Pertua Dewan Negara berperanan untuk mempengerusikan Persidangan Dewan Negara dan mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan lancar. Memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan dan membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan.
1111-13
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara membantu tugasan Yang Dipertua Dewan menjadi Speaker sekiranya Yang Dipertua Dewan Negara tidak dapat hadir.
1111-14
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Negara berperanan mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang telah dipersetujui di Dewan Rakyat sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.
1111-15
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertanggungjawab untuk mengadakan sesi Dewan Rakyat, menganjurkan perdebatan, dan memeriksa kebolehterimaan petisyen, bil dan pindaan. Beliau juga bertanggungjawab memastikan perlembagaan diberi penghormatan dan memeriksa kuorum apabila Dewan Rakyat itu bersidang.
1111-16
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertanggungjawab untuk mengadakan sesi Dewan Rakyat, menganjurkan perdebatan, dan memeriksa kebolehterimaan petisyen, bil dan pindaan. Beliau juga bertanggungjawab memastikan perlembagaan diberi penghormatan dan memeriksa kuorum apabila Dewan Rakyat itu bersidang.
1112-01
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ditugaskan untuk menyimpan dan menjaga mohor besar Raja-Raja Malaysia, bertindak sebagai jurucakap Majlis Raja-Raja dan mengumumkan permulaan puasa pada bulan Ramadhan, dan tarikh hari keagamaan Islam, seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
1112-02
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Setiausaha Negara bertanggungjawab sebagai pegawai pentadbir utama dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia.
1112-03
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berperanan sebagai penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber manusia sektor awam.
1112-04
Peguam Negara
Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan. Peranan, tanggungjawab,perlantikan dan pemecatan beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu daripada perkara 145(1) sehingga perkara 145(4).
← Kembali