Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1211-03
Pengurus Akaun
Pengurus akaun memikul tanggungjawab untuk semua aktiviti perakaunan yang berkaitan dengan pelaporan kewangan. Mereka membangun dan mengekalkan dasar dan prosedur perakaunan untuk memastikan penyata kewangan adalah benar dan pada waktu yang tepat, menyelia kakitangan perakaunan dan menguruskan aktiviti perakaunan dalam jangka masa dan belanjawan yang ditetapkan.
1211-04
Pengurus Bajet
Pengurus belanjawan menilai cadangan kewangan jabatan sebelum memberikan sumber kewangan kepada sesuatu projek. Mereka memantau pelaksanaan dasar dan prosedur belanjawan. Mereka bekerja rapat dengan jabatan lain dalam penilaian program, impaknya dalam organisasi, hasil yang boleh dijana dan bantuan kewangan yang diperlukan.
1211-05
Pengurus Audit
Pengurus Audit merancang dan menyediakan aktiviti audit yang lengkap. Penguasaan piawaian perakaunan yang berkaitan dan kepakaran pengauditan yang tinggi adalah penting. Selain menguruskan portfolio pelanggan yang berbeza-beza dari firma ke firma, mereka turut menyelia proses audit, mengawal belanjawan, bersetuju dengan jadual audit dan memberi taklimat kepada pasukan audit, termasuk pakar tambahan.&nbsp;<br>&nbsp;
1211-06
Pengurus Audit dan Pengurusan Risiko
Pengurus Audit dan Pengurusan Risiko merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras pengurusan audit dan mengambil bahagian dalam merumus dasar audit perusahaan atau organisasi. Bertanggungjawab untuk merancang, mengarahkan dan menyelaraskan operasi kewangan syarikat atau organisasi.
1211-07
Pengurus Kredit
Pengurus Kredit merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengkreditan dan mengambil bahagian dalam merumus dasar pengkreditan perusahaan atau organisasi. Bertanggungjawab untuk merancang, mengarahkan dan menyelaraskan operasi kewangan syarikat atau organisasi.
1211-08
Pengurus Insurans
Pengurus Insurans menyelaras dan mengawasi operasi institusi atau cawangan yang menawarkan perkhidmatan insurans. Mereka memberi nasihat kepada pelanggan mengenai produk insurans.
1211-09
Pengurus Dana
Pengurus Dana bertanggungjawab untuk menguruskan pelaburan dana dan memastikan strategi dana itu sejajar dengan matlamatnya. Mereka merancang, mengarahkan dan menyelaraskan operasi kewangan syarikat atau organisasi.
1211-10
Pengurus Perbendaharaan
Pengurus Perbendaharaan bertanggungjawab untuk mengawasi aliran tunai, pendapatan dan kewangan keseluruhan organisasi.
1211-12
Pengurus Perbelanjaan
Pengurus Perbelanjaan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi perbelanjaan dan mengambil bahagian dalam merumus dasar perbelanjaan perusahaan atau organisasi. Bertanggungjawab untuk merancang, mengarahkan dan menyelaraskan operasi kewangan syarikat atau organisasi.
1211-14
Pengurus Cukai
Pengurus Cukai menyediakan perkhidmatan cukai penuh mengikut undang-undang dan peraturan serta menyediakan perancangan cukai yang inovatif dan mengkaji pulangan cukai pendapatan yang kompleks.
1211-15
Pengurus Tuntutan
Pengurus Tuntutan bertanggungjawab menguruskan satu atau lebih unit pemprosesan tuntutan serta memastikan penyelesaian tuntutan lengkap dan kukuh, ulasan sah dan penyiasatan mengikut dasar dan prosedur syarikat. Mereka merancang, mengarahkan dan menyelaraskan operasi kewangan syarikat atau organisasi serta berunding dengan pengurus kanan dan dengan pengurus jabatan atau bahagian lain.
1211-19
Pengurus Risiko
Pengurus Risiko menilai dan mengenal pasti potensi risiko yang boleh menghalang reputasi dan keselamatan kewangan organisasi. Bertanggungjawab untuk merancang, mengarahkan dan menyelaraskan operasi kewangan syarikat atau organisasi.
1211-23
Pengurus Penilaian Aktuari
Pengurus Penilaian Aktuari menganalisis, mengurus dan menyediakan panduan tentang risiko serta kesan kewangan. Mereka terlibat dalam bidang yang berkaitan dengan insurans, pencen, pelaburan, perbankan, penjagaan kesihatan.Pengurus Penilaian Aktuari menggunakan model dan teori teknikal dan statistik untuk memberi nasihat strategik, komersial dan kewangan.<br>&nbsp;
1211-24
Pengurus Pembidaan
Pengurus Pembidaan bertanggungjawab ke atas cadangan atau penyerahan yang dibuat oleh syarikat untuk memenangi kontrak baharu. Mereka mengenal pasti peluang untuk mengemukakan tawaran dan mengambil keputusan sama ada untuk membida kerja.&nbsp;
1211-27
Pengurus Harga Pindahan
Pengurus Harga Pindahan merancang, mengarahkan, mengawasi hal-hal penentuan harga pindahan dan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk memberikan sokongan terhadap isu berkaitan harga pindahan.
1211-28
Ketua Pengurusan Penajajaminan dan Portfolio
Ketua Pengurusan Penajajaminan dan Portfolio bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan urus niaga harian, menaja jamin dan tugas pemantauan portfolio untuk pinjaman berasaskan aset
1214-07
Pengurus Pembangunan Perniagaan
Pengurus Pembangunan Perniagaan merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan perusahaan atau organisasi berkenaan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-09
Pengurus Fesyen dan Pakaian
Pengurus Fesyen dan Pakaian merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan perusahaan atau organisasi berkenaan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-11
Pengurus Rantaian Bekalan
Pengurus Rantaian Bekalan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-12
Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Produk
Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Produk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
← Kembali