Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
5321-11
Pembantu Psikiatri
Pembantu Psikiatri  membantu pesakit yang mengalami kecacatan mental atau  gangguanemosi, bekerja di bawah arahan kakitangan kejururawatan dan perubatan. 
5321-12
Pembantu Peti Kecemasan
Pembantu Peti Kecemasan memeriksa dan merawat kecederaan kecil di tempat kerja dalam tahap dan skop latihan pertolongan cemas serta memberikan pemerhatian yang sewajarnye pada kecederaan yang serius sehingga kakitangan perubatan yang berkelayakan dapat dihubungi.
5321-13
Pembantu Pengimbasan Perubatan
Pembantu Pengimbasan Perubatan mengendalikan dan menyelenggara peralatan seperti mesin x-ray atau peralatan pengimbasan. 
5321-14
Phlebotomist
Phlebotomist mengambil sampel darah daripada pesakit untuk analisis makmal, memastikan keselamatan pesakit semasa proses pengumpulan darah. Mereka mengangkut spesimen ke makmal, mengikut arahan ketat daripada doktor perubatan.
5321-15
Pembantu Steril
Pembantu Steril  membantu profesional perubatan dengan penjagaan pesakit, menyediakan peralatan serta memastikan persekitaran  dan alat yang bersih di fasiliti pergigian atau perubatan. 
5322-05
Pembantu Urus Rumah Gred K3
Pembantu Urus Rumah Gred K3 menyediakan rutin penjagaan peribadi dan membantu dalam aktiviti harian kepada mereka yang memerlukan disebabkan oleh faktor penuaan, penyakit, kecederaan, atau lain-lain keadaan fizikal atau mental di rumah-rumah persendirian dan lain-lain persekitaran kediaman.
5322-09
Pembantu, Penjagaan Orang Tua (Rumah)
Pembantu, Penjagaan Orang Tua (Rumah) menyediakan rutin penjagaan peribadi dan membantu dalam aktiviti harian kepada mereka yang memerlukan disebabkan oleh faktor penuaan, penyakit, kecederaan, atau lain-lain keadaan fizikal atau mental di rumah-rumah persendirian dan lain-lain persekitaran kediaman.
5322-10
Pekerja Penjagaan (Rumah)
Pekerja Penjagaan (Rumah) menyediakan rutin penjagaan peribadi dan membantu dalam aktiviti harian kepada mereka yang memerlukan disebabkan oleh faktor penuaan, penyakit, kecederaan, atau lain-lain keadaan fizikal atau mental di rumah-rumah persendirian dan lain-lain persekitaran kediaman.
5322-12
Pembantu, Penjagaan Bayi (Rumah)
Pembantu, Penjagaan Bayi (Rumah) menyediakan rutin penjagaan peribadi dan membantu dalam aktiviti harian kepada mereka yang memerlukan disebabkan oleh faktor penuaan, penyakit, kecederaan, atau lain-lain keadaan fizikal atau mental di rumah-rumah persendirian dan lain-lain persekitaran kediaman.
5411-01
Pegawai Bomba Gred KB19
Pegawai Bomba Gred KB19 Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan, penyelenggaraan harian dan pemanduan jentera bomba serta melaksanakan kerja-kerja pengawasan di bilik kawalan dan pemeriksaan premis.
5411-03
Pegawai Pencegahan Kebakaran
Pegawai Pencegahan Kebakaran mencegah dan memadamkan kebakaran, menyelamatkan orang, harta benda dan menjalankan usaha menyelamat.
5415-01
Pegawai Imigresen Gred KP19
Pegawai Imigresen Gred KP19 bertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, mengeluarkan visa, pas dan permit, mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan serta memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.
5415-02
Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Bertanggungjawab membantu memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.
5419-05
Penyiasat Perindustrian
Penyiasat Perindustrian memeriksa dan menyiasat sumber-sumber pencemaran perindustrian untuk melindungi orang awam dan alam sekitar dan memastikan pematuhan dengan peraturan dan ordinan Persekutuan, Negeri, dan tempatan.
5419-06
Penyelia Rekreasi
Penyelia Rekreasi menyelia aktiviti rekreasi dengan kumpulan di agensi awam, swasta atau sukarelawan atau kemudahan rekreasi. Atur dan promosikan aktiviti, seperti seni dan kraf, sukan, permainan, muzik, dramatik, rekreasi sosial, perkhemahan dan hobi, dengan mengambil kira keperluan dan minat ahli individu.
5419-07
Atendan Kolam Renang
Atendan Kolam Renang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebersihan kolam renang agar selamat digunakan di samping memastikan orang awam mematuhi arahan-arahan serta peraturan penggunaan kolam renang yang telah ditetapkan
5419-08
Penyelamat
Penyelamat memantau dan memastikan keselamatan di kemudahan akuatik dengan mencegah dan bertindak balas terhadap sebarang kecemasan. Mereka mengenal pasti potensi risiko, menasihati individu tentang tingkah laku yang betul dan zon berbahaya, menjalankan teknik menyelamatkan nyawa seperti pertolongan cemas dan menyelia aktiviti orang awam.
5419-09
Juruselam Penyelamat
Juruselam Penyelamat mencegah dan mengurus masalah di bawah air, mengendalikan kecemasan menyelam dan mengendalikan peralatan menyelamat. Penyelam penyelamat menguruskan operasi menyelam di laut atau laluan air. Mereka bekerja di bawah keadaan fizikal yang mendesak untuk menyelamatkan dan mengambil orang atau objek.
5419-11
Warden Lalu lintas
Warden Lalu lintas menjaga keselamatan lalu lintas dan mengarahkan lalu lintas dan aliran pejalan kaki berdekatan jalan raya
5419-12
Peronda Lebuhraya
Peronda Lebuhraya bertanggungjawab menjaga keselamatan dan lalu lintas.
← Kembali