Direktori — PENGETAHUAN
Carian Terkini
Kod Tajuk
5244-05
Telemarketer
Telemarketer menjawab panggilan telefon atau media komunikasi lain untuk membantu pelanggan yang mempunyai pertanyaan khusus, dan mempromosikan barangan dan perkhidmatan, mendapatkan jualan dan mengatur lawatan jualan.
5244-06
Jurujual Pusat Perhubungan
Jurujual Pusat Perhubungan mengendalikan panggilan pelanggan masuk atau keluar untuk perniagaan. Mereka memanggil pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan. Mereka juga mendapatkan jualan dan mengatur lawatan jualan.
5245-01
Atendan Stesen Petrol
Atendan Stesen Petrol menjual petrol, pelincir dan lain-lain produk automotif dan menyediakan perkhidmatan seperti mengisi petrol, pembersihan, pelinciran dan menjalankan pembaikan yang mudah bagi kenderaan bermotor.
5246-01
Atendan Kaunter Makanan
Atendan Kaunter Makanan melayan pelanggan di kaunter makanan dan menyediakan makanan yang ringkas di restoran, kafeteria, hotel, kedai makanan segera, hospital dan lain-lain pertubuhan yang seumpamanya.
5249-01
Jurujual Sewa
Jurujual Sewa menerima pesanan, secara amnya secara peribadi, untuk pembaikan, sewa, dan perkhidmatan. Boleh menerangkan pilihan yang ada, mengira kos dan menerima pembayaran.
5311-01
Pekerja Asuhan Kanak-Kanak
Pekerja Asuhan Kanak-Kanak menyediakan penjagaan dan penyeliaan kanak-kanak di rumah, rumah kediaman dan di pusat jagaan harian.
5312-01
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas prasekolah, mengasuh murid-murid di asrama sekolah pendidikan khas dan asrama desa di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
5312-06
Pekerja Tadika
Pekerja Tadika melaksanakan tugas bukan mengajar untuk membantu guru, dan menyediakan penjagaan dan penyeliaan untuk kanak-kanak di sekolah-sekolah dan pra-sekolah.
5321-01
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.
5321-02
Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan dalam program kebersihan alam sekeliling, kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer
5321-03
Pembantu Perawatan
Pembantu Perawatan menyediakan penjagaan peribadi dan bantuan dalam aktiviti harian pesakit dan penduduk dalam pelbagai persekitaran penjagaan kesihatan seperti di hospital, klinik, kediaman dan pusat kemudahan penjagaan kejururawatan.
5321-06
Pembantu Pergigian
Pembantu Pergigian membantu doktor gigi, menyediakan peralatan dan pesakit untuk rawatan, dan menyimpan rekod.
5321-08
Pembantu Kelahiran (Klinik atau Hospital)
Pembantu Kelahiran (Klinik atau Hospital) membantu menyambut bayi lahir, menyediakan penjagaan antenatal dan postnatum, dan memberi nasihat kepada ibu bapa tentang penjagaan bayi.
5321-10
Pembantu Penjagaan Pesakit
Pembantu Penjagaan Pesakit menyediakan penjagaan peribadi dan bantuan dalam aktiviti harian pesakit dan penduduk dalam pelbagai persekitaran penjagaan kesihatan seperti di hospital, klinik, kediaman dan pusat kemudahan penjagaan kejururawatan.
5321-11
Pembantu Psikiatri
Pembantu Psikiatri  membantu pesakit yang mengalami kecacatan mental atau  gangguanemosi, bekerja di bawah arahan kakitangan kejururawatan dan perubatan. 
5321-12
Pembantu Peti Kecemasan
Pembantu Peti Kecemasan memeriksa dan merawat kecederaan kecil di tempat kerja dalam tahap dan skop latihan pertolongan cemas serta memberikan pemerhatian yang sewajarnye pada kecederaan yang serius sehingga kakitangan perubatan yang berkelayakan dapat dihubungi.
5321-14
Phlebotomist
Phlebotomist mengambil sampel darah daripada pesakit untuk analisis makmal, memastikan keselamatan pesakit semasa proses pengumpulan darah. Mereka mengangkut spesimen ke makmal, mengikut arahan ketat daripada doktor perubatan.
5321-15
Pembantu Steril
Pembantu Steril  membantu profesional perubatan dengan penjagaan pesakit, menyediakan peralatan serta memastikan persekitaran  dan alat yang bersih di fasiliti pergigian atau perubatan. 
5322-05
Pembantu Urus Rumah Gred K3
Pembantu Urus Rumah Gred K3 menyediakan rutin penjagaan peribadi dan membantu dalam aktiviti harian kepada mereka yang memerlukan disebabkan oleh faktor penuaan, penyakit, kecederaan, atau lain-lain keadaan fizikal atau mental di rumah-rumah persendirian dan lain-lain persekitaran kediaman.
5322-09
Pembantu, Penjagaan Orang Tua (Rumah)
Pembantu, Penjagaan Orang Tua (Rumah) menyediakan rutin penjagaan peribadi dan membantu dalam aktiviti harian kepada mereka yang memerlukan disebabkan oleh faktor penuaan, penyakit, kecederaan, atau lain-lain keadaan fizikal atau mental di rumah-rumah persendirian dan lain-lain persekitaran kediaman.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan