Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
3112-15
Juruteknik Binaan
Juruteknik Binaan melaksanakan  tugasan sokongan bagi kejuruteraan teknikal dan kerja berkaitan perdagangan pembinaan termasuk tanggungjawab untuk pemeriksaan projek pembinaan kecil hingga sederhana kompleks atau projek tinjauan pembinaan.
3112-16
Jurubina Bangunan
Jurubina Bangunan menyelia dan mengurus projek bangunan dari permulaan hingga selesai projek, mengatur banyak tugas berkaitan pembinaan dan memastikan projek disiapkan mengikut jadual, mengikut bajet, dan mengikut piawaian kualiti yang diperlukan.
3112-17
Juruteknik Instrumen Proses
Juruteknik Instrumen Proses bertanggungjawab untuk menguji, menentu ukur, memasang, membaiki, dan memeriksa peranti pengawasan dan melakukan penyelenggaraan umum pada peralatan dan reka bentuk alat pengukur dan perekod baharu.
3112-18
Pembantu Ukur Bangunan
Pembantu Ukur Bangunan menjalankan tugas-tugas teknikal dalam ukur tanah berkaitan pembinaan dan pembangunan bangunan, menjalankan kajian, menyediakan data untuk reka bentuk dan pembinaan, dan menyumbang kepada kitaran hayat keseluruhan bangunan.
3112-19
Penolong Jurutera Gred JA29
Penolong Jurutera Gred JA29 bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan.
3112-20
Penolong Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred 31
Penolong Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred 31 mengurus perolehan kerja secara tender, sebutharga  dan lantikan terus bagi projek-projek pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan di ibu pejabat.  
3112-21
Penolong Pegawai Eksekutif (Juruteknik) Gred L8
Penolong Pegawai Eksekutif (Juruteknik) Gred L8 bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan.
3112-22
Penolong Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred L8
Penolong Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred L8 bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan.
3112-23
Penolong Jurutera
Penolong Jurutera melaksanakan tugas teknikal dalam projek kejuruteraan dan membantu berkenaan reka bentuk, pembangunan, dan penilaian proses dan produk.
3112-24
Penolong Pegawai Eksekutif Kejuruteraan
Penolong Pegawai Eksekutif Kejuruteraan membantu jurutera, mengendalikan surat-menyurat, menghasilkan slaid pembentangan, melakukan penyelidikan, dan menyediakan manual prosedur.
3112-25
Penolong Jurutera Awam
Penolong Jurutera Awam memberi bantuan kepada Jurutera Awam dalam membangunkan reka bentuk/konsep kejuruteraan awam dan struktur serta mengekalkan rekod pemfailan dan rekod senarai lukisan yang betul serta membantu menyediakan laporan kejuruteraan. 
3112-26
Juruteknik Operasi
Juruteknik Operasi menyediakan bantuan teknikal yang diperlukan dalam pemasangan peralatan baru atau pelaksanaan projek, menjadualkan aktiviti penyelenggaraan dengan mematuhi langkah berjaga-jaga keselamatan, peraturan dan peruntukan alam sekitar.
3112-27
Juruteknik Penyelenggaraan Kemudahan Bangunan Hijau
 Juruteknik Penyelenggaraan Kemudahan Bangunan Hijau menjalankan tugas-tugas teknikal dalam penyelidikan kejuruteraan awam dan reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan bangunan dan struktur lain seperti bekalan air dan sistem rawatan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang. Mereka memasang peralatan untuk meningkatkan tenaga atau kecekapan operasi bangunan kediaman atau komersial.
3112-28
Pembantu Juruteknik Penyelenggaraan Kemudahan Bangunan Hijau
Pembantu Juruteknik Penyelenggaraan Kemudahan Bangunan Hijau membantu menjalankan tugas-tugas teknikal dalam penyelidikan kejuruteraan awam, menekankan amalan mampan, menyumbang kepada reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan bangunan dan struktur dengan tumpuan untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan operasi dalam bangunan kediaman dan komersial.
3112-29
Juruteknik Perobohan Bangunan
Juruteknik Perobohan Bangunan untuk merobohkan struktur bangunan lama atau tidak selamat dengan selamat. Mereka menilai struktur bangunan untuk menentukan kaedah perobohan yang paling berkesan, mewujudkan zon pengecualian, dan mengeluarkan bahan berbahaya sebelum memulakan perobohan.
3112-30
Pembantu Jurutera Penyelenggaraan
Pembantu Jurutera Penyelenggaraan bertanggungjawab untuk pemasangan dan penyelenggaraan peralatan industri seperti yang digunakan dalam industri penerbangan, perubatan dan pembuatan. Melakukan penyelenggaraan peralatan rutin, menyelesaikan masalah dan membuat pembaikan di tapak apabila diperlukan.
3112-31
Juruteknik Ukur Bahan
Juruteknik Ukur Bahan menganalisis belanjawan sedia ada dan membuat penambahbaikan, menyemak rancangan dan menyediakan anggaran kuantiti, berunding dengan pelbagai kontraktor dan vendor, serta membina hubungan dengan pelanggan dan pengurus tapak.
3112-32
Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak.
3112-33
Pembantu Juruukur Bahan
Pembantu Juruukur Bahan bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak.
3112-34
Penolong Jurutera Gred 19
Penolong Jurutera Gred 19 bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik.
← Kembali