Direktori — PENGETAHUAN
Carian Terkini
Kod Tajuk
6122-13
Operator Inkubator (Ladang Poltri)
Operator Inkubator (Ladang) merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6122-14
Penentu Jantina, Poltri
Penentu Jantina, Poltri mengenalpasti dan membezakan jantina poltri dalam pengeluaran komersial poltri.
6123-01
Pemelihara Lebah
Pemelihara Lebah menternak dan menjaga lebah untuk tujuan pertanian dan komersial, seperti pendebungaan tanaman dan pengeluaran madu.
6123-02
Penternak Lebah Madu
Penternak Lebah Madu menyusun dan melaksanakan operasi untuk membiak, menternak dan menjaga lebah madu untuk menghasilkan madu untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6123-06
Penternak Ulat Sutera
Penternak Ulat Sutera menyusun dan melaksanakan operasi untuk membiak, menternak dan menjaga ulat sutera untuk menghasilkan sutera dan produk lain untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6129-01
Pemvaksin Haiwan
Pemvaksin Haiwan mengemaskini rekod haiwan, memeriksa haiwan dan memberi vaksinasi haiwan.
6129-02
Pekerja Inkubator
Pekerja Inkubator secara langsung terlibat dengan aktiviti di ladang ternak atau pertubuhan pertanian lain.
6129-03
Penternak Ular
Penternak Ular menjaga reptilia untuk pameran, rekreasi, pemeliharaan, daging, racun, dan kulit.
6129-04
Penternak Buaya
Penternak Buaya menternak dan memantau penjagaan reptilia untuk pameran, pemeliharaan, daging dan kulit.
6129-05
Penternak Lintah
Penternak Lintah memelihara lintah untuk tujuan perubatan
6129-06
Penternak Cacing
Penternak Cacing merancang, mengarahkan atau menyelaras pengurusan atau operasi ladang, ladang ternak, atau pertubuhan pertanian lain.
6129-07
Pembiak baka Reptilia
Pembiak baka Reptilia membiak haiwan mengikut genealogi, ciri-ciri, dan keturunan mereka serta berpengetahuan tentang teknik inseminasi buatan dan penggunaan peralatan.
6129-08
Pembiak baka Siput
Pembiak baka Siput memilih dan membiak haiwan mengikut genealogi, ciri-ciri, dan keturunan mereka. Memerlukan pengetahuan teknik inseminasi buatan dan penggunaan peralatan. Mungkin melibatkan penyimpanan rekod pada haba, selang kelahiran, atau pedigree.
6131-01
Peladang Hasil Campuran (Tanaman dan Penternakan)
Peladang Hasil Campuran (Tanaman dan Penternakan) menternak haiwan ruminan di dalam Kawasan ladang yang  menjadi integrasi tanaman dan penternakan.
6131-02
Penternak (Ternakan Campuran)
Penternak (Ternakan Campuran) merancang dan menjalankan operasi perladangan campuran yang mengeluarkan tanaman dan haiwan serta produk yang berkaitan untuk penghantaran atau jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6211-01
Pengawas Hutan Gred G19
Pengawas Hutan Gred G19 Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.
6211-02
Pembalak
Pembalak menjalankan operasi yang perlu menggunakan hasil hutan untuk jualan atau penghantaran produk perhutanan secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.
6211-04
Juruarah Balak
Juruarah Balak mengarahkan penempatan kayu balak yang mendarat dengan pelantar plumbum atau traktor
6211-05
Pemanjat Pokok Tinggi, Pembalakan
Pemanjat Pokok Tinggi, Pembalakan memangkas, mencantas dan menggergajinya menjadi balak
6211-06
Pembalak Bawah Air
Pembalak Bawah Air memangkas, mencantas dan menebang pokok, dan menggergajinya menjadi balak dalam air.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan