Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1112-28
Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan
Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan menjalankan urusan diplomatik dan mengadakan perundingan antara negara penerima maupun negara lainnya dan melindungi hak peribadi, harta benda dan kepentingan-kepentingan warga negaranya yang berada di luar negara.
1112-29
Setiausaha Kedutaan
Setiausaha Kedutaan menjalankan urusan diplomatik dan mengadakan perundingan antara negara penerima maupun negara lainnya dan melindungi hak peribadi, harta benda dan kepentingan-kepentingan warganegaranya yang berada di luar negara.
1112-30
Datuk Bandar
Datuk Bandar bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri dan terhadap pentadbiran dan perjalanan Majlis Bandaraya Negeri. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap, Eksekutif, Penasihat, <i>Ad Hoc</i> dan lain-lain jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis bagi tujuan membuat keputusan, polisi-polisi, perintah-perintah dan undang-undang kecil Majlis.
1112-31
Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan
Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan menjalankan tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah secara sah di sisi undang-undang.
1112-32
Setiausaha Dewan Negara
Setiausaha Senat bertanggungjawab memantau perkembangan prosiding di Dewan Negara, membantu dan menasihati Yang di-Pertua semasa persidangan berlangsung.
1112-33
Setiausaha Dewan Rakyat
Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab untuk prosiding Dewan dan membantu Speaker mengenai perkara-perkara mengenai Dewan semasa prosiding.
1112-34
Pesuruhjaya Polis
Pesuruhjaya Polis mengawal segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (general duties) ke perisikan.
1112-35
Ketua Pentadbir Parlimen
Ketua Pentadbir Parlimen bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia.
1112-36
Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Pos Malaysia.
1112-37
Timbalan Ketua Setiausaha Pentadbiran Kerajaan
Timbalan Ketua Setiausaha Pentadbiran Kerajaan menasihati kerajaan mengenai perkara berkaitan dasar, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan undang-undang oleh jabatan dan agensi kerajaan.
1112-38
Ketua Bahagian/Seksyen/Unit
Ketua Bahagian/Seksyen/Unit menasihati kerajaan mengenai perkara berkaitan dasar, memantau pentafsiran dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan undang-undang oleh jabatan dan agensi kerajaan.
1112-39
Laksamana Madya Maritim
Laksamana Madya Maritim bertanggungjawab menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.
1112-40
Laksamana Muda Maritim
Laksamana Muda Maritim bertanggungjawab menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.&nbsp;
1112-41
Timbalan Ketua Polis Negara
Timbalan Ketua Polis Negara membantu Ketua Polis Negara dalam mengarah dan mengawal segala bentuk kepolisan dari polis tugas am ke perisikan aktiviti keseluruhan jabatan kerajaan, lembaga, agensi atau pesuruhjaya perbandaran atau tempatan, serantau dan nasional yang selaras dengan undang-undang dan dasar yang digubal oleh kerajaan dan badan perundangan.
1112-42
Timbalan Pesuruhjaya Polis
Timbalan Pesuruhjaya Polis membantu Pesuruhjaya Polis dalam mengawal segala bentuk kepolisan dari tugasan am polis (general duties) sehingga tugas perisikan.
1112-43
Atase
Atase berperanan sebagai orang yang ditugaskan kepada staf diplomatik atau staf pentadbiran bagi orang berkedudukan lebih tinggi atau khidmat atau agensi lain.&nbsp;
1113-01
Penghulu Gred NP29
Penghulu Gred NP29 bertanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan antara Kerajaan dengan rakyat bagi urusan-urusan yang berkaitan dengan Pentadbiran Tanah, Pentadbiran Agama Islam, Keselamatan Pembangunan, Kegiatan Sosial dan Kebajikan Masyarakat di peringkat kampung, mukim, daerah dan negeri.
1113-04
Ketua Kampung
Ketua Kampung menjalankan pelbagai tugas perundangan, pentadbiran, pembangunan, keagamaan, kebudayaan dan adat istiadat mengikut tradisi turun-temurun di peringkat mukim.
1113-16
Orang Besar Berempat
Orang Besar Berempat mengendalikan pentadbiran daerah atau wilayah yang diperuntukkan bagi sesebuah negeri.
1114-01
Presiden Parti Politik
Presiden Parti Politik bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan parti bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan parti.
← Kembali