Kejururawatan, Perbidanan dan Pembantu Perubatan
Kejururawatan adalah bidang pengajian yang merangkumi penjagaan autonomi dan kolaboratif bagi seseorang individu di semua peringkat umur, keluarga, kumpulan dan komuniti dalam semua keadaan dengan kerjasama profesional kesihatan. Perbidanan adalah bidang pengajian yang merangkumi penjagaan wanita semasa mengandung, melahirkan dan selepas bersalin serta bantuan dalam penyusuan susu ibu dan penjagaan bayi baru lahir. Pembantu perubatan adalah bidang pengajian mengenai perkhidmatan kesihatan primer dan khusus. Skop perkhidmatan yang disediakan merangkumi aspek promosi, pencegahan, kuratif dan pemulihan dalam penjagaan kesihatan.