Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
Teknologi maklumat adalah bidang pengajian mengenai pemilihan, penciptaan, aplikasi, integrasi dan pentadbiran teknologi pengkomputeran untuk memenuhi keperluan teknologi, kerajaan, penjagaan kesihatan, sekolah, institusi TVET dan lain-lain organisasi. Sistem maklumat adalah bidang pengajian mengenai integrasi di antara penyelesaian teknologi maklumat dengan proses kerja bagi memenuhi keperluan maklumat organisasi dan lain-lain perusahaan.