Direktori — MSIC
Carian Terkini
Kod Tajuk Jumlah Kod MASCO
A
Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan
Bahagian ini termasuk penggunaan sumber semulajadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan, merangkumi aktiviti penanaman, pemeliharaan dan penternakan haiwan, penebangan kayu balak dan tanaman lain, haiwan atau produk haiwan daripada ladang atau habitat semulajadi.
156
B
Perlombongan Dan Pengkuarian
Perlombongan dan pengkuarian termasuk pengekstrakan mineral yang terjadi secara semulajadi seperti pepejal (batu arang dan bijih), cecair (petroleum) atau gas (gas asli).
80
C
Pembuatan
Pembuatan termasuk perubahan fizikal atau kimia ke atas bahan atau komponen untuk menjadi produk baru. Bahan atau komponen yang diubah bentuk merujuk kepada bahan mentah yang merupakan produk pertanian, perhutanan, perikanan, perlombongan atau pengkuarian dan juga produk aktiviti pembuatan lain.
1369
D
Bekalan Elektrik, Gas, Wap Dan Pendingin Udara
Seksyen ini termasuk aktiviti pembekalan tenaga elektrik, gas asli, wap, air panas dan seumpamanya melalui satu infrastruktur (rangkaian) tetap bagi talian, saluran utama dan paip di kawasan perindustrian atau bangunan tempat kediaman.
67
E
Bekalan Air; Pembentungan, Pengurusan Sisa Dan Aktiviti Pemulihan
Seksyen ini termasuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan (termasuk pemungutan, perawatan dan pembuangan) dalam pelbagai bentuk sisa, seperti sisa pepejal dan bukan pepejal perindustrian atau isi rumah, termasuk juga tapak yang tercemar.
40
F
Pembinaan
Seksyen ini termasuk pembinaan am dan aktiviti pembinaan khas bagi bangunan dan kerja kejuruteraan awam.
287
G
Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
Seksyen ini termasuk jualan borong dan jualan runcit (iaitu jualan tanpa proses transformasi) apa-apa jenis barangan dan perkhidmatan berkaitan dengan jualan barang. Pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal juga termasuk di dalam seksyen ini.
595
H
Pengangkutan Dan Penyimpanan
Seksyen ini termasuk penyediaan bagi pengangkutan penumpang atau muatan, sama ada berjadual atau tidak, melalui rel, saluran paip, jalan raya, air atau udara dan aktiviti yang berhubungkait seperti kemudahan terminal dan tempat memakir pesawat, pengendalian kargo, penyimpanan dan lain-lain.
220
I
Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
Seksyen ini termasuk penginapan jangka masa pendek untuk pelawat dan pengembara dan penyediaan makanan dan minuman untuk penggunaan segera.
317
J
Maklumat Dan Komunikasi
Seksyen ini termasuk produksi dan pengedaran maklumat dan produk kebudayaan serta peruntukan untuk menghantar atau mengedar produk tersebut seperti data atau komunikasi, aktiviti teknologi maklumat dan prosesan data dan aktiviti perkhidmatan maklumat yang lain.
437
K
Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
Seksyen ini termasuk aktiviti perkhidmatan kewangan meliputi insurans, insurans semula, takaful, takaful semula dan aktiviti tabungan pencen, dan aktiviti sokongan kepada perkhidmatan kewangan.
352
L
Aktiviti Hartanah
Seksyen ini termasuk tindakan seperti pemberi pajak, agen dan/atau broker di dalam satu atau lebih daripada yang berikut: penjualan atau pembelian hartanah, penyewaan hartanah, penyediaan perkhidmatan hartanah lain seperti penilaian hartanah atau bertindak sebagai agen hartanah eskrow.
96
M
Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
Seksyen ini termasuk aktiviti profesional khusus, saintifik dan teknikal. Aktiviti ini memerlukan tahap latihan yang tinggi dan menjadikan pengetahuan dan kemahiran khusus tersedia kepada pengguna.
1991
N
Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
Seksyen ini termasuk pelbagai aktiviti yang menyokong operasi am perniagaan. Aktiviti ini berbeza berbanding aktiviti dalam seksyen M, yang mana tujuan utamanya ialah bukan peralihan bagi pengetahuan khusus.
672
O
Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
Seksyen ini termasuk aktiviti biasa kerajaan, kebiasannya dijalankan oleh pentadbiran awam.
340
P
Pendidikan
Seksyen ini termasuk pendidikan pada mana-mana peringkat atau untuk mana-mana profesion, secara lisan atau penulisan dan juga melalui siaran radio dan televisyen atau saluran komunikasi lain yang bersamaan dengannya.
115
Q
Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
Seksyen ini termasuk peruntukan bagi aktiviti kesihatan dan kerja sosial. Termasuk pelbagai jenis aktiviti bermula daripada penjagaan kesihatan yang disediakan oleh profesional perubatan terlatih di hospital dan kemudahan lain.
340
R
Kesenian, Hiburan Dan Rekreasi
Seksyen ini termasuk pelbagai aktiviti bagi memenuhi minat orang awam dalam aktiviti kebudayaan, hiburan dan rekreasi meliputi persembahan secara langsung, operasi muzium, perjudian, sukan dan aktivti rekreasi.
113
S
Aktiviti Perkhidmatan Lain
Seksyen ini termasuk aktiviti keahlian organisasi, membaiki komputer dan barangan persendirian dan isi rumah dan pelbagai aktiviti perkhidmatan persendirian yang tidak diliputi dalam mana-mana klasifikasi MSIC.
651
T
Aktiviti Isi Rumah Sebagai Majikan; Aktiviti Mengeluarkan Barangan Dan Perkhidmatan Yang Tidak Dapat Dibezakan Oleh Isi Rumah Untuk Kegunaan Sendiri
Seksyen ini termasuk aktiviti isi rumah sebagai majikan bagi personel domestik dan aktiviti mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang tidak dapat dibezakan oleh isi rumah untuk kegunaan sendiri.
24
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan